London: Olympique Lyonnais menjangkakan saingan beberapa kelab ketika mengadakan perbincangan lanjutan untuk membawa pemain tengah Bertrand Traore (gambar) dari kelab juara Liga Perdana Inggeris Chelsea, kata presiden kelab Ligue 1 itu Jean-Michel Aulas.

Pemain berusia 21 tahun itu yang membuat 12 penampilan bersama Chelsea pada musim 2015-16 dipinjamkan ke Ajax Amsterdam yang mana dia menjaringkan 13 untuk membawa kelab itu ke final Liga Europa dan menduduki tangga kedua liga Belanda.

“Kami mahu membawa Bertrand Traore ke kelab ini,” kata Aulas sewaktu sidang media untuk memperkenalkan pertahanan baru kelab Fernando Marcal.

“Kami berbincang secara lanjut tapi banyak kelab berminat. Kami mahu melengkapkan kontrak itu.”

Pemain Burkina Faso itu menandatangani kontrak tiga tahun bersama Chelsea tahun lalu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 11:37 AM