AFP

MADRID: Skuad La Liga yang bergelut, Malaga menamakan Jose Gonzalez (gambar) selaku ketua jurulatih baharu mereka hari ini selepas memecat Michel sebelum itu ketika pasukan itu berada dalam zon penyingkiran.

Pengendali berusia 51 tahun itu yang menyertai Malaga sebagai pemain pada 1996, tidak bekerja sejak dipecat selaku jurulatih kelab China, Beijing Guoan Jun lalu.

“Jose Gonzalez Lopez akan mengetuai skuad utama ketika latihan bersambung minggu depan,” kata Malaga dalam satu kenyataan.

“Jurulatih memiliki keseluruhan babak kedua kejohanan untuk mengubah dinamik pasukan.”

Kelab berkenaan mengumumkan pemergian pengendali berusia 54 tahun, Michel selepas kekalahan 1-0 kepada Getafe Jumaat lalu, keputusan yang meletakkan mereka lima mata daripada zon selamat.

Michel mengambil alih Mac lalu selepas pemecatan pengendali Uruguay, Marcelo ‘Gato’ Romero dan mengetuai kelab dari Andalusia itu ke zon selamat namun mereka hanya menang tiga daripada 19 perlawanan liga musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 7:17 AM