HAKIMI (kiri) bersama pingat dimenangi.
Mohd Khairie Khalid
khairie@nstp.com.my

 MALAYSIA menutup hari terakhir Kejohanan Olahraga Jemputan Sukan Asia ke-18, Jakarta, Indonesia apabila mengutip dua pingat perak dan tiga gangsa, hari ini.

Dua pingat perak masing-masing diraih dalam acara lompat kijang lelaki menerusi Muhammad Hakimi Ismail dengan jarak 16.24 meter (m) serta atlet lompat tinggi wanita, Yap Sean Yee (1.78m).

Gangsa pula diraih dalam acara 800m lelaki menerusi Asif Rahman Jiyaudeen (1:54.33s) dan kuartet 4x100m lelaki - Muhammad Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan (39.91s).

Nurfazira Jalaludin turut menjadi penyumbang gangsa acara baling tukul besi wanita dengan balingan sejauh 52.35m

Jurulatih olahraga negara, Mohd Poad Md Kassim menyifatkan semua pelari 4x100m memberikan saingan kepada lawan dan diharap catatan masa mereka dapat diperbaharui dalam kejohanan selepas ini.  

“Saya sudah menyaksikan video larian mereka dan mereka menunjukkan saingan yang sengit.

“Badrul Hisyam dilihat agak tidak menjadi kerana dia demam seminggu sebelum bertanding, tapi apapun saya harap catatan ini dapat diperbaiki kerana ini hanya kejohanan pertama,” kata Mohd Poad yang memantau prestasi anak didiknya di Johor, ketika dihubungi, hari ini.

Untuk rekod, seramai 16 atlet negara menggalas cabaran negara pada kejohanan berkenaan yang bermula Ahad lalu.

 

Keputusan:

Lompat kijang lelaki

Emas: Yaming Zhu (CHN), 16.79m

Perak: Muhammad Hakimi Ismail (MAS), 16.24m

Gangsa: Kamalraj Kanagaraj (IND), 15.73m

 

Lompat tinggi wanita

Emas: Wang Yang (China), 1.85m

Perak: Yap Sean Yee (MAS), 1.78m

Gangsa: Nadia Anggraini (INA), 1.70m

 

800m lelaki

Emas: Jinson Johnson (IND), 1:47.96

Perak: Raed Aljadni (Arab Saudi), 1:54.17

Gangsa: Asif Rahman Jiyaudeen (MAS), 1:54.33

 

4x100m lelaki

Emas: Indonesia, 39.07s

Perak: Sri Lanka, 39.71s

Gangsa: Malaysia, 39.91s

 

Baling tukul besi wanita

Emas: Na Luo (CHN), 72.11m

Perak: Sarita Romit Singh (IND), 61.75m

Gangsa: Nurfazira Jalaludin (MAS), 52.35m

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2018 @ 9:26 PM