LEBIH tiga juta pelanggan bakal menikmati tawaran dalam talian selain penghantaran percuma ke seluruh negeri di Malaysia.
Wan Nur Ameera Meor Rozman
bisnes@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Watsons Malaysia memperkenalkan kedai rasmi dalan taliannya menerusi platform membeli-belah dalam talian, Shopee.

Melalui kerjasama dengan Shopee, lebih tiga juta pelanggan bakal menikmati tawaran dalam talian selain penghantaran percuma ke seluruh negeri di Malaysia membabitkan produk kesihatan dan kecantikan kegemaran.

Watsons dalam kenyataannya berkata, buat masa ini, lebih daripada 2,000 produk boleh didapati di kedai rasmi Watsons menerusi Shopee, meliputi keperluan harian seperti kosmetik premium dan penjagaan rambut serta produk kesihatan seperti makanan tambahan.

Bagaimanapun, Watsons berhasrat untuk menyenaraikan lebih daripada 5,000 produk di Shopee dalam tempoh enam bulan akan datang.

Watsons juga akan menawarkan pelbagai tawaran menarik termasuk promosi mingguan, Watsons Wednesdays.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 9:52 AM