SARIMAH (tiga dari kiri) bersama pelanggan bertuah produk Dynamo di Mydin USJ, semalam.
Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Subang Jaya: Jenama pencuci baju terkemuka Dynamo meraikan 60 pelanggan bertuah dalam kempen promosi sempena pengenalan Dynamo dalam bentuk serbuk serba baru di pasar raya besar Mydin USJ bermula dari 5 hingga 7 Januari 2018.

Kempen promosi yang berlangsung selama tiga hari itu menawarkan hadiah istimewa kepada 20 pembeli bertuah setiap hari bernilai RM400 terdiri daripada beg bagasi, Dynamo 2.1 kilogram dan tuala.

Pengurus Negara Penjagaan Fabrik dan Pemasaran P&G Mary Rose Torres berkata, bagi melayakkan diri menjadi pelanggan bertuah, mereka perlu berbelanja minimum RM30 bagi produk Dynamo dalam satu resit tunggal.

Beliau berkata, pihaknya menerima sambutan menggalakkan sepanjang tiga hari kerana Dynamo mempunyai pengikutnya yang tersendiri khususnya mereka yang berkeluarga.

“Kali ini kami memilih bekerjasama dengan Mydin kerana ia adalah lokasi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah dan pada masa sama, mendekati pelanggan setia Dynamo.

“Sebelum ini Dynamo hanya didatangkan dalam bentuk pencuci cecair dan dengan adanya serbuk, ia dapat meraih kumpulan sasar yang lebih meluas lagi,” katanya selepas sesi interaktif bersama Duta Dynamo yang baru iaitu Sarimah Ibrahim di sini.

Dalam sesi interaktif berkenaan, Sarimah selaku duta dan jurucakap Dynamo beramah mesra bersama pelanggan setia Dynamo serta pemenang kempen promosi pencuci baju itu.

Hadir sama Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Sabariah Mohd.

Sabariah berkata, pihaknya gembira P&G memilih mengadakan kempen promosi itu di Mydin dan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua jenama.

“Kami yakin kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan secara tidak langsung pelanggan yang datang juga menikmati kelebihannya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 2:57 AM