SHAMSUL Amree (dua dari kiri) dan Linda (dua dari kanan) pada majlis pelancaran peraduan Everyone's A Winner! di cawangan Domino's Pizza Seksyen 13, Shah Alam, semalam.
Sofyan Rizal Ishak
sofyan.rizal@nstp.com.my


SHAH ALAM: Domino’s Pizza Malaysia menyasarkan pembukaan 17 cawangan baru menjelang hujung tahun ini daripada jumlah sedia ada pada masa ini iaitu 223 cawangan di seluruh negara.

Timbalan Presiden Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Shamsul Amree Abdul Rahman berkata, langkah itu memastikan syarikat dapat meneruskan pertumbuhan positif tahun ini meskipun dalam landskap perniagaan yang mencabar berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Kami optimis prestasi perniagaan dan menjangka mencapai pertumbuhan lebih baik daripada aspek jualan di setiap cawangan,” katanya pada majlis pelancaran peraduan Everyone’s A Winner di sini, semalam.

Beliau berkata, syarikat menjangka prospek cerah bagi sektor minuman dan makanan di negara ini tahun depan dengan pihaknya meninjau peluang mencatatkan peningkatan dalam pertumbuhan perniagaan selepas ini.

“Tahun lalu adalah tahun terbaik kami dan tahun ini, kami akan komited meneruskan pelan pertumbuhan yang dirancang manakala 2019 akan menjadi tahun positif kepada syarikat,” katanya.

Domino’s Pizza Malaysia dengan kerjasama rakan minumannya iaitu Etika Sdn Bhd (Etika) menganjurkan peraduan Everyone’s A Winner yang menawarkan hadiah lebih RM130,000 dan hadiah utama Honda City.

Naib Presiden Kanan Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, orang ramai perlu membeli mana-mana piza dan minuman Pepsi Black 1.5 liter untuk melayakkan diri menyertai peraduan itu bermula 8 Oktober hingga 4 November ini.

“Mereka perlu melakukan pembelian ini dan bermain permainan Count The Hidden Pepsi Black and Pizzas dan menyerahkan slogan paling kreatif bersama dengan penyertaan ke www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner.

“Pelanggan yang mengumpul mata tertinggi berpeluang memenangi hadiah utama Honda City. Setiap pembelian sebarang jenis pizza bersama Pepsi Black 1.5 liter akan mendapat satu mata manakala pembelian dua pizza dan Pepsi Black 1.5 liter atau Bold Combos akan mendapat dua mata,” katanya.

Selain Honda City, peraduan itu turut menawarkan hadiah lain seperti Samsung Galaxy S9, pembesar suara permainan 10 Logitech G560, 20 unit Samsung Gear VR dengan Controller dan 50 baucar untuk setahun bagi piza saiz besar dan Breadstix/Cinnastix percuma tanpa had dengan pembelian minimum yang sah untuk tempoh dua minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Oktober 2018 @ 7:56 AM