CANTIK ditanam di halaman rumah.
Sekilas

Bunga cenderawasih dikatakan antara bunga yang tercantik di dunia. Ia berasal dari Afrika Selatan, tapi turut banyak didapati di Asia seperti China, selain banyak ditanam di Bangladesh dan Mexico.

Bunga daripada genus heliconia ini turut dikenali dengan nama ‘strelitzia’, ‘birds of paradise’, bunga bangau atau sepit udang.

Ia terdapat dalam empat spesies utama iaitu Strelitzia caudata, Strelitzia nicolai, Strelitzia juncea, Strelitzia reginae.

Tapi hanya Strelitzia reginae yang sesuai ditanam sebagai hiasan di halaman rumah.


BUNGA cenderawasih perlu banyak cahaya matahari.

Cenderawasih boleh berbunga beberapa kali dalam setahun dan dibiakkan melalui dua cara iaitu biji benih dan akar atau ubinya.

Pokok bunga ini memerlukan cahaya matahari yang banyak, tapi bukan panas terik. Tanah mesti sentiasa lembap kerana tumbuhan ini memerlukan air sepanjang tahun.

Pastikan airnya tidak bertakung. Pada peringkat awal pertumbuhannya, kita perlu kerap menyiramnya supaya akarnya cepat berkembang dan menjadi lebih kuat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Oktober 2018 @ 7:00 AM