CEF Naem
Aniza Zainudin
anizazainudin@hmetro.com.my


Menggalas tanggungjawab sebagai ketua juri bagi mengadili sajian lima finalis pertandingan Empayar Sajian Nestum membuka mata cef selebriti, Cef Naem, mengenai kelebihan Nestum untuk menghasilkan variasi menu baru.

Cef Naem atau Muhammad Naim Ramli, 26, mengakui resipi olahan bersama Nestum ciptaan peserta berjaya menonjolkan kreativiti mereka dalam penyediaan makanan.

“Lima peserta ini berjaya mencipta keunikan apabila mengolah menu pencuci mulut barat mahupun timur dengan gaya tersendiri.

“Bagi sajian mencerminkan Malaysia, tiga finalis mempersembahkan menu Serawa Labu Manis Nestum, ‘Makmur Semolina Nestum Cookies’ dan Sate Ayam Nestum.

“Manakala sajian ala barat pula, dua finalis lagi menampilkan ‘Nestum Awesomeness Fruit Crumble’ dan ‘Nestum Prawn Nuggets’.

“Kelima-lima sajian ini mempunyai keistimewaan dan kelazatan tersendiri, sebelum menu Serawa Labu Manis Nestum dipilih sebagai juara Empayar Sajian Nestum,” kata hos program masakan terbitan TV3, Apa Nak Makan Ni?

Menurut Cef Naem, setiap sajian disediakan dinilai berdasarkan kriteria pembentangan dan rupa sajian, nutrisi, kemudahan bahan, daya kreativiti dan rasa. Pada aspek pembentangan dan rupa sajian, juri mengambil kira sisi kreatif finalis dalam mempersembahkan menu dengan gaya yang menarik.

Peserta juga dinilai menerusi pemilihan ramuan tambahan yang mengandungi khasiat seimbang sekali gus menyempurnakan satu hidangan itu.

“Sesuai dengan konsep mesra pengguna, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan sajian haruslah mudah diperoleh dan disediakan.

“Kebijaksanaan dan kreativiti peserta turut diadili apabila mereka tampil dengan resipi sajian asli, unik dan olahan tersendiri.

“Terakhir, kita menghakimi hidangan berkenaan berdasarkan kelazatan dan keenakan citarasa sajian yang disediakan finalis,” kata jurumasak itu yang berpengalaman menjadi juri pelbagai program masakan sebelum ini.

Menurut Cef Naem, Nestum menerima lebih 300 penyertaan yang dikongsikan menerusi Facebook Messenger Nestum Malaysia sepanjang pertandingan berlangsung bermula 1 April hingga 30 April lalu.

Bagi peringkat ‘Finale Cook-Off’ Empayar Sajian Nestum, pada 16 Mei lalu, Nestum hanya memilih lima penyertaan terbaik untuk bersaing memenangi hadiah bernilai RM50,000.

Nestum mengandungi aneka bijirin seperti gandum, beras dan jagung serta diperkaya dengan karbohidrat, protein, kalsium, pelbagai vitamin dan zat besi melengkapkan satu hidangan.

Variasi produk Nestum mengikut cita rasa penggunaan termasuk Nestum Grain & More yang menawarkan lima pilihan, Nestum Grains & More Original, Nestum Grains & More Oat, Nestum Grains & More Madu, Nestum Grains & More Coklat dan Nestum Grains & More Banana Caramel.

Pilihan Nestum All Family Cereal pula menyediakan Nestum Original, Nestum Madu dan Nestum Original Tin.


NESTUM Dates Streusel Muffins.

RESEPI: Nestum Dates Streusel Muffins

Bahan 1 (Streusel topping)

• 80 g tepung gandum

• 1/8 sudu garam

• 50 g gula perang

• 100 g mentega tanpa garam

• 50 g bijirin Nestum

• 20 g oat

• 60 g kurma madu dicincang halus

Bahan 2 (adunan muffin)

• 140 g mentega tanpa garam

• 2 butir telur

• 150 ml susu segar

• 1/2 sudu esen vanila

• 1 biji kulit lemon diparut

• 80 g gula kastor

• 65 g gula perang

• 160 g tepung gandum

• 2 sudu serbuk penaik

• 1/4 sudu garam

• 70 g bijirin Nestum

• 70 g kurma yang dicincang kasar

Penyediaan: Bahan 1

1. Gaulkan tepung gandum, garam, gula perang dan mentega, kemudian masukkan bijirin Nestum, oat dan kurma. Sejukkan.

Penyediaan: Bahan 2

1. Campurkan mentega, telur, susu segar, esen vanila, kulit lemon, gula kastor, gula perang dan gaul hingga sebati.

2. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Gaul hingga rata.

3. Masukkan Nestum bijirin dan kurma madu, kemudian gaul hingga rata.

4. Bahagikan adunan untuk mengisi 3/4 cawan kertas muffin.

5. Letakkan bahan 1 yang disejukkan ke atas muffin.

6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 25 minit atau hingga masak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Jun 2017 @ 12:00 AM