TEAM Luquid
TEAM NP
SG-eSports
HADIAH kejohanan The International 2017 cecah lebih AS$10 juta.
Hazril Md Nor
Gen.y@hmetro.com.my


Hadiah terkumpul bagi kejohanan tahunan Dota 2, The International 2017 kini mencecah lebih AS$10 juta dan kian meningkat. Sementara menunggu beberapa bulan lagi untuk menyaksikan permulaannya, pasukan Dota 2 sudah membuat keputusan terbaik dalam menentukan skuad mereka bagi menghadapi kejohanan berprestij itu Ogos ini.

Nama seperti OG dan Virtus Pro sedang hangat berikutan perselisihan mereka di Kiev Major, Ukraine bulan lalu yang menyaksikan pasukan Eropah itu menundukkan skuad Russia. OG mencatatkan kemenangan empat kali pada acara Valve Major, yang pertama dalam sejarah Dota 2.

Bagaimanapun, jangan pula dilupakan pasukan lain yang membuat pertukaran ahli baru-baru ini. Meskipun tidak memenangi mana-mana kejohanan utama tahun ini, mereka pastinya mempunyai strategi dan taktik yang akan digunakan menjelang TI nanti.

Team NP

Biarpun mendapat jolokan pasukan Dota 2 yang popular di dunia, itu tidak bermakna kemenangan berpihak kepada mereka. Team NP dalam zon selesa di Kiev, mereka sukar mengekalkan prestasi apabila ditewaskan oleh Onyx dan hal itu menyebabkan perubahan skuad dilaksanakan.

Kini, mereka lebih disegani dengan kehadiran FATA, pemain tengah yang dianggap tidak menonjol namun mempunyai kemahiran setaraf pemain profesional lain. Melengkapkan skuad itu ialah gandingan Aui_2000 dan pieliedie bagi menempuh The International 2017 nanti. Team NP pamer prestasi memuaskan di Masters Manila, baru-baru ini.

SG e-Sports

Ramai yang terkejut apabila Valve mengumumkan wakil dari Amerika Selatan, SG pertama kali bertanding di kejohanan mereka. Ada yang mengatakan pasukan ini akan ‘balik awal’ dan sukar memenangi perlawanan.

Bagaimanapun, skuad Brazil ini membuktikan kekuatan mereka di mata dunia dengan menewaskan Team Secret lalu menggemparkan komuniti permainan itu.

Biarpun tidak memenangi Kiev Major, SG buktikan kesungguhan mereka ke tahap itu. Prestasi mereka pastinya lebih meningkat dan bersedia bertanding di The International nanti.

Team Liquid

Selepas mengumumkan pengundurannya daripada OG, Amer ‘Miracle-’ Al Barqawi dilamar memasuki Team Liquid. Pasukan Eropah itu terus kekal konsisten menerusi beberapa kejohanan seperti Starladder dan Starladder i-League apabila mereka diumumkan juara di tanah air, China.

Namun, prestasi mereka di kejohanan Valve tidaklah membanggakan seperti diharapkan. Mungkin kerana tekanan dihadapi oleh GH yang pertama kali bermain dalam kejohanan berprestij.

Bagaimanapun, dengan adanya tiga pemain di ranking tertinggi pasti sedikit sebanyak menambahkan rasa yakin di TI nanti. Miracle-, GH dan Matumbaman mencecah lebih 9,000 mata dan satu-satunya pasukan Dota 2 yang mempunyai tiga ahli dengan pencapaian demikian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 3:08 AM