Petikan video yang didakwa daripada IS menunjukkan militan di Marawi, Mindanao. - Foto Long War Journal
Agensi

VIDEO dan sejumlah gambar yang didakwa disiarkan kumpukan Negara Islam (IS) dikatakan menunjukkan militan bertempur di Marawi, Mindanao.

Menurut laman web Long War Journal, video itu yang disiarkan IS melalui agensi beritanya, Amaq News Agency, memaparkan militan kumpulan bersenjata bertempur di Marawi serta merampas satu kenderaan berperisai tentera yang ditinggalkan. Mayat dipercayai anggota tentera Filipina boleh dilihat dalam kenderaan itu.


Petikan video militan di Marawi merampas kenderaan berperisai tentera yang ditinggalkan. - Foto Long War Journal


Gambar dalam kumpulan aplikasi Telegeram IS juga menunjukkan yang sama, militan di Marawi merampas kenderaan berperisai tentera yang ditinggalkan. - Foto Long War Journal

Laman web Amaq News Agency sering dimatikan pihak berkuasa, namun sejak beberapa minggu lalu, ia menggunakan laman web yang mempunyai ‘buzznews’ dan video di Marawi itu disiarkan di laman web berkenaan.


Propaganda IS di Marawi. - Foto Long War Journal

Selain itu, kumpulan aplikasi Telegram IS juga menyiarkan beberapa gambar di Marawi, termasuk gambar kenderaan berperisai dirampas itu.


Millitan dalam petikan video dan gambar kumpulan aplikasi Telegram IS. - Foto Long War Journal

Gambar dari Marawi yang disiarkan IS sebelum ini, menunjukkan lelaki bersenjata meronda jalan, mengadakan sekatan jalan raya dan memasang bendera serta kain rentang hitam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 5:06 PM