GAMBAR hiasan.
Agensi

New Delhi: Seorang pengantin perempuan sanggup tidak berkahwin daripada bersuamikan seorang penagih sentil tembakau.

Akhbar Hindustan Times melaporkan, pengantin perempuan itu melihat bakal suaminya mengunyah sentil tembakau atau ‘gutka’ ketika majlis perkahwinan mereka.

Wanita dari daerah Dalan Chapara di Uttar Pradesh itu tiba di tempat majlis diadakan secara besar-besaran.

Bagaimanapun, ketika hendak memasuki dewan, dia ternampak lelaki itu mengunyah sentil tembakau, menyebabkan hatinya berubah dan serta-merta mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya.

Rakan dan anggota keluarganya cuba memujuk tetapi wanita itu tetap dengan keputusannya.

Keluarga pengantin lelaki membuat laporan terhadap pengantin wanita itu di balai polis berhampiran.

Apabila di soal, wanita berkenaan memberitahu polis, dia tidak mahu berkahwin dengan penagih sentil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2017 @ 2:19 AM