Kebakaran hutan di Pedrogao Grande, Portugal, yang sudah mengorbankan 57 orang. - foto EPA
Reuters

SEKURANG-KURANGNYA 57 disahkan maut akibat kebakaran hutan di kawasan Pedrogao Grande, 200 kilometer dari Lisbon, Portugal, sejak semalam.

Seramai 59 lagi cedera dan dikejarkan ke hospital, termasuk lima yang kritikal. Ratusan anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran itu dan banyak jalan ditutup.

Cuaca panas serta petir tanpa hujan dipercayai menjadi punca kebakaran itu.

Siaran televisyen menunjukkan ratusan penduduk dirawat kerana terhidu asap di khemah perubatan sementara manakala penduduk yang kehilangan tempat tinggal, dibawa ke penempatan sementara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2017 @ 6:19 PM