GAMBAR menunjukkan keadaan di Nuugaatsiaq selepas tsunami melanda kawasan berkenaan berikutan gempa bumi di Greenland, semalam. - AFP
Reuters

Stockholm: Empat orang disenaraikan hilang semalam selepas satu gempa bumi mencetuskan tsunami di luar pantai Greenland dan memaksa sebahagian penduduk dipindahkan.

“Empat orang hilang,” lapor stesen penyiaran tempatan KNR, memetik kenyataan ketua polis kawasan berkenaan, Bjorn Tegner Bay yang memberi taklimat pada sidang akhbar di wilayah autonomi Denmark itu.

Setakat ini tidak ada kematian disahkan tetapi Bay berkata, 11 rumah hanyut selepas gempa bumi berukuran 4 magnitud menggegarkan Uummannaq, sebuah pulau kecil tidak jauh dari Garisan Arctic.

“Ombak besar mengancam Uppernavic dan kawasan sekitarnya. Penduduk di Nuugaatsiaq akan dipindahkan,” kata polis dalam laman Facebooknya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 8:51 AM