KUMPULAN jemaah Indonesia yang sebahagiannya memakai topi pesawah tiba di Lapangan Terbang Madinah, kelmarin. - Agensi

Madinah: Sekumpulan jemaah Indonesia menjadi tumpuan apabila mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed bin Abdulaziz di sini dengan memakai caping (topi yang biasa digunakan pesawah).

Daripada 45 jemaah itu, beberapa orang daripada mereka kelihatan memakai topi itu.

Lebih menarik lagi caping itu dicat dan bertulis ‘KBIH (Kursus Bimbingan Ibadah Haji) A Munawwaroh.’

Seorang jemaah, Abdullah, yang turut memakai topi itu berkata, tujuan dia dan beberapa rakannya memakai topi yang biasa digunakan oleh pesawah itu ialah untuk berlindung dari panas selain boleh dikenali dari jauh.

Kerana unik dan tidak pernah dilihat, seorang petugas di lapangan terbang itu meminjam caping itu daripada jemaah terbabit untuk berswafoto. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 6:02 AM