UBER serta Careem bersedia mengambil pemandu wanita di Arab Saudi. FOTO Reuters
Agensi

Dubai: Syarikat pengendali aplikasi perkongsian kenderaan Uber serta Careem yang berpangkalan di Dubai kini bersedia mengambil pemandu wanita di Arab Saudi susulan pengumuman negara itu membenarkan golongan terbabit memandu menjelang pertengahan tahun ini, lapor CNN.

Pelanggan wanita adalah majoriti daripada pengguna aplikasi Uber dan Careem, kata laporan itu.

Buat masa ini semua pemandu firma terbabit adalah lelaki, manakala kebanyakan wanita bekerja di Arab Saudi terpaksa mengupah pemandu atau dipandu ke tempat kerja oleh anggota keluarga lelaki.

Susulan itu, Careem merancang melantik lebih 10,000 pemandu wanita menjelang Jun 2018, malah sudah melancarkan sesi latihan menyasarkan wanita Saudi yang mendapat lesen memandu di luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 1:13 AM