Lampu isyarat romantik di pasang di di Daerah Pingtung, Taiwan. - Foto daily Mail
Agensi

Sempena sambutan hari Valentine, pihak berkuasa di Daerah Pingtung, Taiwan, memasang lampu isyarat animasi bertema romantik.

Animasi ketika lampu isyarat pejalan kaki itu hijau menunjukkan lelaki sudah berjaya memenangi hati pasangan wanitanya.

Ketika berwarna merah, animasinya lelaki berlutut melamar teman wanitanya dengan gambar hati berdenyut antara mereka.

Menurut laporan Daily Mail, apabila lampu isyarat bertukar hijau, pasangan itu berjalan berpegangan tangan.

Menurut Biro Polis Daerah Pingtung, sebanyak 25 lampu isyarat romantik itu dipasang di sekitar stesen kereta api, kawasan beli-belah dan persimpangan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai mulai 13 Februari lalu.

Datuk Bandar daerah itu, Pan Men-an, berkata 20 lagi lampu isyarat seperti itu akan dipasang menjelang awal Mac.

Menurutnya, ia sebahagian daripada usaha menyemarakkan cinta dan menggalakkan pasangan berkahwin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2018 @ 10:43 PM