LANDO menyerahkan pek iftar kepada penduduk.

Susu antara makanan bergizi lengkap yang tersedia dan mengandungi nutrisi penting termasuk protein, kalsium, kalium, vitamin D dan B yang dapat membantu nutrisi yang hilang selepas berjam-jam puasa.

Ia mengandungi gula semula jadi dan indeks glisemik rendah (GI) iaitu pelepasan glukosa ke dalam aliran darah yang perlahan dan mantap akan memberikan tenaga berpanjangan dan membantu mengurangkan rasa lapar sepanjang hari. Ini juga cara yang baik untuk kekal hidrat dan mengisi kembali cecair yang hilang pada siang hari.

Oleh itu, sempena Hari Susu Sedunia baru-baru ini, Fonterra Brands turut meraikan Ramadan dengan berkongsi kebaikan susu bersama komuniti di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Syarikat tenusu dari New Zealand itu menyerahkan bubur lambuk, bubur susu tradisional yang diperkaya dengan susu Fernleaf dan pek Iftar terdiri dari makanan, minuman susu Fernleaf CalciYum, susu tepung Fernleaf Family dan Anlene Concentrate di Masjid Al Ikhlasiah.

Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura Jose Miguel Porraz Lando berkata, syarikat itu berbangga kerana dapat membawa kebaikan tenusu New Zealand untuk menyokong nutrisi dan kesihatan rakyat Malaysia.

“Kami berbesar hati berada di sini kerana berpeluang merayakan bulan suci Ramadan dan Hari Susu Sedunia bersama masyarakat di sini.

“Kami percaya pada nilai nutrisi susu dan sepanjang Ramadan, sangat penting setiap orang mengamalkan nutrisi yang betul untuk kekal sihat semasa berpuasa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 2:56 AM