LANGKAH rawatan melentik bulu mata.
LANGKAH rawatan melentik bulu mata.
LANGKAH rawatan melentik bulu mata.
SUASANA di dalam spa dan salun berkenaan.
SUASANA di dalam spa dan salun berkenaan.
ROZALINA
Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my


Setiap wanita mengidamkan bulu mata lentik untuk penampilan mata menawan. Bagi mendapatkan bulu mata lentik, maskara digunakan dan tidak kurang juga yang gemar memakai bulu mata palsu.

Bagi wanita berkaca mata, agak sukar untuk menggunakan maskara atau bulu mata palsu kerana ia akan mengganggu pergerakan mata, kelihatan comot dan ada kalanya menimbul rasa kurang selesa.

Memahami kehendak dan kesukaran dilalui sesetengah wanita untuk mendapatkan bulu mata lentik, Salun dan Spa Muslimah Afiya di Dataran Wangsa Melawati menawarkan rawatan melentik bulu mata dengan teknik yang betul serta tahan lebih lama.

Menurut pemilik bersama spa berkenaan, Rozalina Mohamad Rom, rawatan berkenaan sesuai untuk individu yang ‘malas’ atau kurang gemar mengenakan maskara ketika keluar bersantai atau ke majlis tertentu.

“Rawatan ini hanya menggunakan ubat pelentik bulu mata yang dibenarkan dan akan dilakukan dalam tempoh satu jam 30 minit (kali pertama) atau 45 minit untuk yang sudah pernah melakukannya.

“Ia tidak menyakitkan, malah bulu mata yang lentik mampu bertahan sehingga tiga bulan jika pandai menjaganya dengan baik. Penjagaannya juga sangat mudah iaitu dengan memakai maskara atau pelentik bulu mata dan sentiasa memastikannya bersih daripada kekotoran,” katanya.

Jelasnya, sebelum melakukan rawatan berkenaan, bulu mata akan dibersihkan agar bebas daripada sebarang kesan yang boleh menyebabkan iritasi pada mata. Bulu mata akan digam pada alat yang disediakan dan dibiarkan seketika sebelum diletakkan ubat yang dibenarkan untuk melentik bulu mata.

Kemudian, ia akan dibungkus menggunakan plastik dan ditutup dengan tuala selama 30 minit agar wap terhasil dan membantu memudahkan ubat diserap dengan baik.

Selain rawatan melentik bulu mata, terdapat juga pakej rawatan wajah, badan, bekam angin dan kulit kepala hingga rambut. Urutan badan sama ada berkonsepkan tradisional atau aromaterapi disediakan bagi Muslimah yang mahu mengurangkan keletihan.

Bekam angin pula sesuai untuk individu yang sering mengalami sakit badan kerana ia membantu memecahkan angin sekali gus memberi rasa ringan selepas rawatan.

Menariknya, bahan skrub badan dibuat sendiri menggunakan bahan semula jadi mengikut masalah kulit pengunjung seperti buah keras dan kulit kayu manis.

Bagi rambut pula, rawatan kelemumur dan rambut gugur paling laris kerana menggunakan minyak urutan dan pupur herba dari India.

Menariknya, rambut akan disapu dengan pupur campuran yogurt, lemon atau limau kasturi dan pupur herba untuk mengelakkan rambut kering dan gugur.

Kekerapan rawatan bergantung kepada masalah dihadapi pelanggan. Sementara itu, bermula April hingga Jun, terdapat pakej Raya yang disediakan kepada pengunjung dengan menawarkan harga rendah berbanding hari biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 2:33 PM