MEMPUNYAI pelbagai rona pilihan menarik.
Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Comel, bergaya dan eksklusif. Gaya si kecil tersayang menyarung busana direka khas dengan rona ceria yang menepati kriteria kanak-kanak riang dan aktif menjadikan koleksi Kaze Klozet berbaloi untuk dimiliki.

Ia menampilkan pelbagai koleksi busana dan yang terbaru adalah Koleksi Bella Vol. 2 dan Dyana.

Menurut pengasasnya Zetty Edlinna Mohd Nasir, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk mendapatkan busana kerana pihaknya menawarkan kepelbagaian pakaian yang sesuai digayakan sepanjang masa.

“Saya dan suami bergabung ilham mereka koleksi pakaian ini. Hampir semua inspirasi datang apabila melihat telatah anak kami sendiri.

“Ciri ‘comel dan ala puteri’ menjadi keistimewaan koleksi ini yang memberikan kegembiraan kepada si kecil untuk bergaya,” katanya.


COMEL menggayakan koleksi ala puteri.

Menurutnya, dengan berkonsep moden kontemporari dan rekaan yang versatil, semua koleksi jenama ini boleh digayakan pada hari raya, majlis perkahwinan terutama untuk menjadi gadis pengiring, jamuan hari lahir atau majlis formal.

“Kami menawarkan kepelbagaian pilihan warna mengikut cita rasa pelanggan terutama rona lembut yang sesuai untuk si comel anda,” katanya.


SESUAI digayakan untuk pelbagai acara.

Zetty Edlinna berkata, semua koleksinya didatangkan dengan saiz bermula seawal usia setahun hingga enam tahun.

“Kami menggunakan fabrik yang tidak mudah renyuk, tidak panas, tidak tebal, menyerap peluh dan senang digosok. Sebagai ibu, saya memahami keperluan ibu bapa yang mahukan pakaian selesa untuk anak,” ujarnya.

Malah pihaknya turut menerima tempahan baju kurung dan gaun dan koleksi menarik buat si cilik itu boleh didapati dengan harga RM129.


SELESA dipakai si kecil anda.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 12:22 PM