KOLEKSI rantai, gelang dan anting-anting Poh Kong bersempena Tahun Baru Cina.
HM Digital

Pemberian hadiah perhiasan emas setiap kali sambutan Tahun Baru Cina menjadi tradisi bagi segelintir masyarakat yang masih mengamalkannya. Selain mengeratkan perhubungan, emas mempunyai nilai sentimental kepada wanita kerana mereka berasakan ia sebagai satu bentuk hadiah paling bermakna. Oleh sebab itu amalan ini masih diteruskan pada setiap tahun sama ada mereka mengabadikan pembelian untuk diri sendiri atau keluarga.

Tahun ini jenama barang kemas terkenal Poh Kong memperkenalkan koleksi perhiasan mengambil inspirasi 12 haiwan mewakili setiap bintang. Anjing misalnya mewakili kecerdasan, kesetiaan, kejujuran dan kebenaran. Rekaan rantai, gelang dan anting-anting bertemakan 12 bintang memberi perlambangan berbeza dengan keunikan tersendiri.

Cincin misalnya direka dengan bentuk bunga bagi menggambarkan ciri feminin wanita. Mereka yang menggayakannya pastinya seorang yang yakin dan berpenampilan menawan. Begitu juga dengan rantai dipadukan menerusi buah rantai yang indah dan mewah. Ia tranformasi gabungan gaya tradisional dan moden.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Februari 2018 @ 4:21 AM