Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Antara Sheila Rusly dengan suaminya, Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo, ternyata isteri lebih banyak ke dapur kerana beliau sememangnya gemar memasak dan mencuba resipi baru.

Malah, Sheila akui suami dan dia anak lelakinya lebih berselera menikmati masakannya terutama hidangan tradisional berbanding makan di luar.

Selain itu, Sheila juga tidak lokek untuk berkongsi pelbagai resipi menyelerakan di laman Instagramnya, khas buat peminat yang mahu mencuba sendiri masakan itu di rumah.

Beliau yang berketurunan Minang amat menyukai makanan tradisional dan usahanya untuk mengekalkan hidangan itu dalam keluarga terutama anak-anaknya adalah dengan memperkenalkan pelbagai sajian lazat turun-temurun kepada mereka supaya meraka tidak lupa asal-usul keluarga.

Baginya, perkara itu adalah tanggungjawab beliau sebagai seorang ibu.

"Makanan tradisional perlu dikekalkan dan saya mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkannya kepada anak-anak sejak kecil supaya mereka tahu masyarakat kita kaya dengan pelbagai jenis sayur kampung misalnya petai dan jering.

"Alhamdulillah, anak-anak bujang saya tahu dan suka memakannya malah mereka mahu calon isteri yang pandai memasak hidangan tradisional berasaskan petai serta jering seperti hidangan jering cambah.

"Ini kerana, mereka sudah biasa dengan hidangan itu yang selalu dimasak oleh saya. Hal itu secara tidak langsung menjadi sebati dalam diri kerana mereka dididik sejak kecil supaya menyukai dan mencintai lauk-pauk tradisional," katanya.

Sementara itu, suaminya pula suka makan asam pedas dan sejak dulu, menu ini popular dengan menggunakan ikan tapi kadang-kadang saya suka mencuba kelainan dengan menggantikan ikan kepada daging atau tulang lembu.

"Setiap negeri di Malaysia pula mempunyai cara masakan asam pedas yang mencerminkan identiti serta keunikan tersendiri.

"Sebelum ini, suami saya tak pernah makan asam pedas daging dan alhamdulillah, selepas mencuba dia sukakannya kerana rasa yang sedap dan berbeza berbanding menggunakan ikan.

"Saya rasa, disebabkan itu dia jatuh hati semula dengan saya," katanya berseloroh.

Berkongsi cara memasak asam pedas daging untuk menambat hati sekeluarga, Sheila berkata, cili yang dimasak perlu ditumis dengan sempurna sehingga pecah minyak.

Ketika menumis, jangan lupa untuk masukkan Maggi Cukup Rasa supaya ia sebati dengan bahan tumisan yang pasti menghebatkan lagi keenakan juadah.

Tidak dilupa, letakkan juga sedikit serbuk lada hitam dan kemudian biarkan ia mendidih sehingga daging menjadi lembut.

MAGGI CukupRasa yang diperbuat dari bawang segar dan rempah ratus adalah penambah perasa semua dalam satu yang boleh digunakan untuk segala jenis masakan seperti perapan, tumisan, menggoreng, memanggang, dan juga membuat sup.

Ia memudahkan ibu yang mempunyai pelbagai tugas menguruskan keluarga selain dapat menyediakan makanan lazat dan berkhasiat untuk suami dan anak-anak.

Untuk lebih banyak resipi, layari www.maggi.com.my atau Facebook MAGGI Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Oktober 2018 @ 2:46 PM