Wan Nur Ameera Meor Rozman
itmetro@metro.com.my


Di Play Store, terdapat aplikasi yang tidak sesuai untuk kegunaan kanak-kanak seperti permainan yang memaparkan keganaskan serta aplikasi sembang yang boleh berkongsi lokasi.

Sekiranya anda tidak mahu anak melakukan sebarang muat turun aplikasi yang tidak sesuai daripada Play Store, anda boleh menetapkan kawalan ibu bapa untuk menyekat peranti Android anda daripada disalahgunakan.

Ikuti langkah mudah dibawah untuk menetapkan kawalan ibu bapa di Play Store anda:

1. Buka Play Store dan klik ikon menu

2. Pergi ke Settings

3. Klik butang Parental controls dan pilih On. Kemudian, anda akan diminta untuk memasukkan kod PIN ibu bapa.

4. Akhir sekali, semak senarai aplikasi yang anda benarkan untuk muat turun dan pilih mana-mana yang anda ingin sekat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2017 @ 10:47 AM