Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Sedang mencari telefon berbaloi dengan bajet dalam poket? Honor 7X adalah jawapan paling sesuai dengan pelbagai spesifikasi hebat.

Ia termasuk kelengkapan skrin 5.93 inci yang didatangkan dengan paparan FHD+ dan resolusi 2160 x 1080 piksel namun berjaya dinipiskan sehingga 7.6 milimeter dengan berat hanya 165 gram.

Menarik juga apabila terdapat fungsi One-key Screen Split yang membolehkan anda membahagikan skrin kepada dua bahagian serentak atas bawah.

Sekali gus ia memungkinkan anda melihat mesej e-mel hinggalah WhatsApp kemudian Netflix dan YouTube, dua aplikasi pada satu skrin.

Misalnya, anda masih boleh membalas WhatsApp sambil menonton Netflix dengan skrin atas bawah.

Honor 7X dikuasakan oleh pemprosesan octa core dan sistem operasi Android 7.0.

Kalau tak cukup dengan storan 64GB, tambah lagi dengan kad microSD 256GB jadi boleh muat turun banyak drama siri yang anda mahu.

Jangka hayat bateri pula mengasyikkan kerana tak cepat habis menerusi kapasiti 3340mAh cukup untuk penggunaan seharian.

Honor 7X juga menjadi telefon pintar pertama Honor yang datang dengan FullView pada saiz 5.93 inci bucu-ke-bucu sekali gus menghasilkan skrin tanpa bezel yang memaparkan kualiti dan nisbah skrin-ke-badan yang agak menakjubkan.

Bayangkan, saiz skrin terbabit berjaya menewaskan iPhone 8 Plus yang hanya mempunyai skrin 5.5 inci saja meskipun badannya sama saiz dengan Honor 7X.

Skrin 18:9 oun sudah pasti membolehkan anda bermain game dengan lebih menyeronokkan kerana kebanyakan aksi terpapar di skrin.

Tanpa bezel, ia tidak mendatangkan masalah untuk menempatkan dwilensa 16MP+2MP pada kamera belakang dengan apertur besar dan fokus pantas setanding kamera DSLR yang ada di pasaran.

Selain itu, terdapat PDAF dan sistem baru yang mampu fokus pada subjek sepantas 0.18s. Apertur besar f0.95 hingga f16 pula menyerlah imej DLSR tadi untuk depth of field lebih cemerlang.

Lagi seronok, ia menggunakan pemprosesan Kirin 659 2.36GHz yang berkuasa tinggi dengan GPU pun tidak kurang hebatnya.

RAM 4GB pun menawarkan prestasi untuk pelbagai tugas yang tidak mendatangkan masalah dan bersedia untuk mana-mana aplikasi yang dikatakan berat.

Honor 7X dijual pada harga RM1,099 bermula 18 Disember ini

Tak hairanlah kalau ‘rapper’ seperti SonaOne pun bersedia menjadi duta produk ini.

Langkah memperkenalkan Honor 7X tepat apatah lagi selepas kejayaan penjualan Honor 6X pada harga menarik setanding dengan spesifikasinya.

Sebelum ini, produk Honor tidak pernah mengecewakan bermula Honor 3C kemudian Honor 6 Plus membuka mata pengguna di Malaysia mengenai keupayaan fon ini.

Selepas itu, hadir pula Honor 8 Pro yang menjadi telefon pintar pertama fokus kepada game dan kerjasama dengan Mobile Legend menunjukkan pengalaman yang paling mengagumkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2017 @ 10:58 AM