CASIO TR-M11
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Gajet unik menjadi tarikan Casio apabila memperkenalkan kamera swafoto yang berbentuk ala set mekap, TR-M11 disasarkan untuk remaja.

Sesuai untuk berkongsi ke laman sosial, ia dilengkapi sembilan lampu LED, satu di bawah paparan LCD dan lapan di keliling lensa kamera yang memberikan kesan pencahayaan yang maksimum.

Imej yang dirakam boleh dipindahkan menerusi aplikasi Exilim Connect terus ke fon masing-masing.

CASIO TR-M11

• HARGA: RM2,199

• TAWARAN: RM1,999 (jika membelinya di stor terpilih sehingga 7 Januari)

• RESOLUSI: 10.5 megpiksel

• SENSOR IMEJ: 1 / 2.3 inci CMOS

• MEMORI: 49.9MB, slot kad microSD

• VIDEO: 1024 / 480

• ZUM: 4x

• JUMLAH RAKAMAN: 225 rakaman

• DIMENSI: 77 x 82.6 x 26.6mm

• BERAT: 139g

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2017 @ 11:04 AM