SUPERCHARGE pantas mengecas.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Inovasi dalam telefon pintar berubah dari tahun ke tahun sejak mula diperkenalkan pada 1995.

Sejak teknologi skrin sentuh mula memasuki segmen gajet terbabit, ia antara inovasi paling ketara dalam perubahan spesifikasi telefon pintar.

Selepas itu, segalanya biasa saja bagi telefon pintar dengan perubahan pemprosesan, RAM, rekaan dan paling kuat pun, bateri siap pasang atau boleh cabut.

Namun, segalanya berubah apabila Huawei memulakan langkah kerjasama dengan Leica seterusnya menghasilkan dwikamera pada fon yang menonjolkan hasil kreativiti gambar menawan sehingga memberi definisi baru pada fotografi mudah alih.

Ia baru saja berlaku tahun lalu dan ramai yang beranggapan itulah perubahan ketara pada telefon pintar tapi sebenarnya kita sekali lagi terkejut.

Tahun ini, teknologi kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan tiga model Huawei Mate 10 ini benar-benar merubah keadaan sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan, malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan.


AI terus kesan subjek.

Itulah yang inovasi baru fon pintar diterajui Huawei jadi tidak hairan jika ia diikut pesaing kerana AI adalah segalanya pada masa depan.

AI pada kamera Mate 10 misalnya memberikan tawaran yang paling sukar ditolak pengguna memandangkan fotografi sememangnya paling cocok dengan pengguna di Malaysia.

Tidak hairan juga model Huawei Mate 10 Pro berjaya mencatat DxoMark setinggi 97 markah hasil keupayaan kamera gabungan AI yang hebat.

Salah satu kenyataan yang dibuat dalam ujian DxOMark ialah Mate 10 Pro menyediakan pengalaman fokus automatik pantas dan berulang.

Sebahagiannya hasil kejayaan AI yang digunakan dalam kamera untuk memberikan pengalaman konsisten untuk subjek sama.


AI kesan suasana sama ada gelap atau terang.

Huawei Mate 10 mampu mengenal pasti subjek berdasarkan unit pemprosesan neural (NPU) dalam masa sebenar mahupun secara ‘offline’ 13 jenis senario dan objek.

Paling mengagumkan, AI pada Huawei ini bukan saja pada 13 jenis senario dan objek tadi malah ia turut mempunyai ciri ‘AI Motion Detection’, ‘AI Zoom’ dan ‘AI Selfie’.

Kamera kemudian menyesuaikan warna, kontras, kecerahan, pendedahan, dan pasca pemprosesan untuk menghasilkan foto yang menakjubkan, terperinci dan menarik pada dunia fotografi.

Perlu diingatkan pelarasan ini bukan ‘filter’ tapi itulah fungsi AI yang menjadikan fungsi merakam foto secara automatik pun merubah pelarasan gambar sesuai dan algoritma pemprosesan direka Huawei selepas menganalisis lebih 100 juta imej.


CONTOH gambar hasil Mate 10.

Pada asasnya, AI melakukan kerja jurugambar dan memandangkan kebanyakan antara kita bukan jurugambar profesional, sudah pasti masuk akal untuk membiarkan fon Huawei ini mengambil alih dan mengoptimumkan foto itu.

Salah satu aspek yang hebat siri Huawei Mate 10 ialah masih menawarkan anda keupayaan untuk menggunakan mod manual atau pilihan mod lain bagi fotografi yang lebih maju.

Ia jelas menunjukkan AI tidak menghadkan anda dengan apa cara sekalipun tetapi hanya hadir untuk membantu anda merakam foto terbaik dengan telefon.

Sebanyak 13 jenis senario dan subjek dikenal pasti termasuk langit biru, bunga, tumbuhan, pantai, matahari terbit atau matahari terbenam, persembahan, makanan, teks, malam, salji, kucing, anjing, dan potret.


MEMORI haiwan kesayangan lebih cantik.

Apabila salah satu subjek ini dikenal pasti, ikon kecil akan muncul di sebelah kiri bawah tepat di bawah shutter untuk memaklumkan anda AI sedang mengambil alih dan menggunakan tetapan ini.

Kamera akan mengenal pasti makanan, bunga, tumbuhan, kucing, anjing, teks dan manusia dengan tepat serta AI memulakan langkah kesesuaian pencahayaan, pergerakan, ton warna dan rangka sesuai merakam gambar.

AI menjadi topik hangat pada masa kini dengan set cip Kirin 970 menyokong unit pemprosesan saraf (NPU) yang menjadi trend kepada pengeluar cip pemprosesan lain juga.

Bagi telefon pintar, AI fokus kepada fungsi pembelajaran mesin yang membantu mengurangkan beban kepada kerja berulang dalam telefon.

Huawei Mate 10 menggunakan jutaan data foto tapi ia langsung tidak menyimpan gambar anda dalam datanya.

Ia hanya membantu kamera datang dengan tetapan paling tepat bagi subjek dan situasi ketika gambar dirakam.

Seperti kebanyakan orang, saya sendiri jarang menggunakan mod manual dan lebih gemar kepada konsep ‘point and shoot’ menggunakan telefon pintar.

Sebab itu, fungsi AI banyak memberi kelebihan dan sehingga pengetahuan kamera AI dilatih dan diuruskan perkomputeran ‘cloud’ dan tiada data aktif dihantar ke pusat data.

Kemudian, penggunaan AI dalam menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi Accelerated Translator berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara online atau offline.


ACCELERATED Translator yang sangat berguna.

Ia bermakna, tanpa sambungan Internet pun anda masih boleh berkomunikasi dengan pelbagai bangsa manusia di dunia dan menarik juga apabila ia juga mengesan imej serta menterjemahnya terus di atas skrin.

Hanya halakan kamera pada teks yang tertulis melalui pelbagai bahasa dan AI pantas menukarnya ke skrin.

Sudah pasti bagi yang sudah biasa mengembara atau mahu memulakannya, siri Huawei Mate 10 dengan AI tadi amat berguna.

Berdasarkan kapasiti bateri 4000mAh dan pengecas pantas SuperCharge yang diiktiraf TUV kemudian diurus pula AI, ia mampu mengoptimumkan bateri. Bermakna anda mampu merakam sebanyak mana gambar namun baterinya tetap mampu bertahan lama.

Siri Mate 10 mampu bertahan sehingga dua hari dengan penggunaan biasa dengan sekali cas berdasarkan sistem Smart Engine Power Management.

Jika anda mahu menonton video mengenai AI, boleh klik pada pautan www.youtube.com/huawei untuk pelbagai video mengenai AI pada Huawei Mate 10.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 2:55 PM