Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik.

Bagaimanapun, jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca atau jika boleh sekalipun, ia mungkin sudah berubah.

Antara format popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format.

Antara perisian berasaskan web untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah SmallPDF yang boleh dilayari melalui www.smallpdf.com.

Apabila SmallPDF sudah dipasang dalam komputer, cara penggunaannya mudah.

Langkah yang perlu diikuti untuk membuat dokumen berformat PDF adalah seperti berikut:

1. Buka dokumen yang hendak diubah seperti biasa.

2. Hanya tarik ke dalam kotak hijau dalam laman web terbabit.

3. Tekan ‘convert’.

4. Selepas siap ditukar, hanya tekan ‘download’.

5. Hanya lima dokumen

boleh ditukar dalam tempoh sejam memandangkan ia percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 3:13 PM