MATEBOOK X Pro
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Huawei memberi gambaran bakal memasarkan laptop MateBook mereka di Malaysia pada bulan ini.

Ia digambarkan syarikat dari China itu sebagai laptop masa depan, inovasi pada mod interaksi dan pengalaman pengguna.

Bakal memenuhi semua kehendak pengguna, MateBook yang dilihat pada gambarnya mempunyai reka bentuk yang nipis.

Sebelum ini, Huawei sudah memiliki laptop hebat melalui MateBook X Pro bersaiz skrin 14 inci pada badan 12 inci dengan format 3K LTPS yang juga notebook pertama dengan FullView.

Laptop ini datang dengan pemprosesan Intel Quad Core i7 gen-8 dan RAM hingga 16GB manakala grafik Nvidia MX150 memori 2GB.

Butang papan kekuncinya jika terkena percikan air masih boleh beroperasi manakala baterinya mampu memainkan video selama 12 jam.

Namun sayangnya, model MateBook X Pro tidak dipasarkan ke negara ini secara rasmi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 3:41 PM