Honor 8X
Afiq Hanif
afiq_hanif@nstp.com.my


Honor 8X menampilkan rekaan berukuran 6.5 inci Honor FullView yang mempunyai nisbah badan-ke-skrin 91 peratus.

Boleh dikatakan, 8X mempunyai nisbah skrin ke badan paling tinggi untuk telefon kelas pertengahan dan menggunakan teknologi chip-on-film (COF) serta rekaan antena yang dipatenkan di bawah telefon bersaiz 4.25mm saja.

Ia bermakna anda memiliki skrin yang cukup besar untuk menonton, bermain game dan skrol pada laman sosial.

Skrin Honor 8X 19.5:9 menyokong resolusi FHD dan warna gamut 85 peratus. Telefon ini juga mempunyai teknologi yang dimajukan dan cuba anda tonton video yang mempunyai nisbah 21:9 di YouTube untuk melihat sendiri pengalaman filem sudut lebar ultra ini.


HONOR 8X

IT@Metro juga melihat rekaan badan pada telefon ini cantik dengan kesan dinamakan ‘3D Grating’ pada fon yang mempunyai pilihan warna hitam atau biru.

Penguji berpendapat Honor 8X memanfaatkan falsafah minimalis dan estetik pada rekaan.

Menggunakan kerangka aluminium dan badan gelas 2.5D, direka dengan 15 lapisan dan susunan warna berbeza untuk menampakkan kemasan.

Ia telefon pertama Honor dengan set cip Kirin 710 dengan GPU Turbo. Set GPU Turbo mempunyai kesepaduan baik bagi perkakasan dan perisian serta pengalaman pemprosesan grafik yang pantas.

Dari aspek RAM dan ROM, anda akan memperoleh gabungan 4GB+128GB (boleh ditambah dengan kad microSD 400GB yang cukup baik dengan nilai harga ditawarkan. Honor 8X mempunyai tiga slot kad SIM (dua) dan microSD yang boleh berfungsi serentak bersama EMUI 8.2.

Model Honor 8X menjadi telefon pintar dengan kamera AI yang mempunyai ciri fotografi AI sama seperti telefon utama di pasaran, tetapi turut dilengkapi dengan kamera swafoto.

Menariknya mengenai kamera swafoto itu ialah ia boleh menentukan senario ketika gambar swafoto diambil di samping menyesuaikan ciri wajah dan persekitaran sekeliling yang ditetapkan mengikut pencahayaan dan mod berbeza untuk mendapatkan swafoto pada tahap sempurna.

Honor 8X menggunakan dwi-kamera belakang bersaiz 20MP + 20MP (is 20MP + 2MP) manakala kamera depan pula 16MP f/1.8 untuk merakam gambar lebih jelas.

Kamera belakang Honor 8X boleh mengenal pasti 22 senario seperti langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas persembahan, malam, salji dan dalaman.

Selain itu, IT@Metro menggemari keupayaan merakam gambar yang lebih baik ditambah dengan fungsi AIS pada pencahayaan rendah.

Sementara itu, bateri 3750 mAh berupaya menampung pengguna yang aktif menggunakan pelbagai aplikasi pada setiap hari yang dikuasakan juga penjimatan tenaga menggunakan AI. Set cip baru ini juga boleh mengurangkan sehingga 30 peratus penggunaan tenaga.

Hasilnya, penggunaan bateri bertambah meskipun saiz skrin besar.

Tambahan pula, Honor 8X adalah merupakan telefon pintar pertama yang menerima pensijilan TÜV Rheinland sebagai peranti yang mempunyai paparan dengan cahaya biru rendah(low-blue light). Pengiktirafan ini membuktikan peranti ini lebih selamat untuk digunakan walaupun dalam tempoh yang lama.

Menariknya, Honor telah berjaya menjual lebih dari 1,000 unit peranti berkenaan hanya dalam masa 20 minit sahaja. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pengguna yang mendapatkan Honor 8X melalui dua platform tersebut hari ini, antaranya termasuk satu unit Honor Band 3 yang bernilai RM119.

Namun bagi anda yang terlepas untuk mendapatkannya, anda boleh menyertai roadshow dan promosi dua hari yang akan berlangsung di MyTown Shopping Centre, Klang Parade, Prangin Mall dan Sutera Mall pada 13 dan 14 Oktober ini.

Jadi, bagi anda yang bercadang mendapatkan Honor 8X dalam masa terdekat, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Fon ini boleh didapati di https://www.hihonor.com/my/?utm_source=theskop&utm_medium=advertorial&ut... atau https://shopee.com.my/honor.os?utm_source=theskop&utm_medium=advertorial...

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Oktober 2018 @ 6:28 PM