Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Menghidangkan juadah enak dan menyelerakan pada pagi lebaran sudah menjadi satu kemestian. Antara yang menjadi pilihan adalah nasi beriani yang dimakan bersama ayam masak merah, rendang ayam atau daging.

Namun tidak semua mampu menyediakannya kerana bimbang nasi dimasak kurang sempurna. Mungkin terlalu lembut atau kering.

Kini anda tidak perlu bimbang kerana Philips All In One Pressure Cooker boleh membantu anda menyediakan nasi beriani yang lembut dan kenyal. Malah setiap butir nasi kelihatan relai dan tidak melekat.

Nombor model: HD2137

Harga: RM799

Lebih menarik, peminat kek coklat juga boleh menggunakan Philips All In One Pressure Cooker ini untuk membuat kek idaman anda. Caranya sangat mudah, hanya perlu masukkan semua bahan di dalam periuk kemudian tekan butang ‘Bake’ dan ‘Start’. Dengan masa memasak yang singkat dan hasilnya pula mengujakan, pasti akan membuatkan anda sekeluarga teruja untuk menikmatinya.

Cef Marina Mustaffa berkongsi cara mudah menyediakan nasi beriani dan kek coklat walnut.

Memasak menggunakan Philips All In One Pressure Cooker: 15 minit

Kaedah konvensional: 60 minit

Hidangan: 4 orang

Nasi beriani

Bahan-bahan

- 2 cawan beras Basmathi, dibasuh dan toskan

- 1½ cawan air

- 1 biji bawang besar dihiris nipis

- 2 ulas bawang putih, dihiris

- ¼cawan minyak zaitun

- ½ cawan jus halia

- ½ cawan susu cair

- 2 sudu perahan limau

- 1 batang kulit kayu manis

- 1 kuntum bunga lawang

- 5 tangkai cengkih

- 5 biji pelaga

- ½ sudu serbuk kunyit

- 2 susu kecil garam

- 1 tangkai ketumbar dipotong dua

- 2 helai daun pandan, diikat dan disimpulkan

- Sedikit safron dan air mawar

Memasak menggunakan Philips All In One Pressure Cooker:

1. Pilih butang menu ‘Vegetable’ kemudian tekan ‘Start’.

2. Panaskan minyak zaitun kemudian tumis kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau.

3. Masukkan bawang merah dan bawang putih, kacau hingga bawang kekuningan.

4. Masukkan beras yang ditoskan, jus halia, air dan safron yang dicampur dengan air mawar bersama garam. Kacau supaya sebati.

5. Tutup periuk kemudian tekan butang ‘Menu’ pilih ‘Rice’ dan ‘Start’.

6. Apabila nasi masak, lepaskan tekanan dengan menghalakan tombol ke arah kanan. Angkat penutup periuk.

7. Taburkan daun ketumbar. Nasi sedia untuk dihidang.

Menggunakan Philips All In One Pressure Cooker: 50 minit

Cara konvensional: 1 jam 15 minit

Hidangan: 6 hingga 8 orang

Kek Coklat Walnut

Bahan-bahan:

- 4 biji telur

- 225 gram gula kastor

- 100 gram mentega

- 60 gram tepung gandum

- 2 sudu serbuk penaik

- 20 gram coklat hitam

- 100 gram walnut yang sudah dicincang

Memasak menggunakan Philips All In One Pressure Cooker:

1. Pukul telur di dalam mangkuk adunan.

2. Tambah gula kastor dan pukul sehingga adunan menjadi sebati dan pekat.

3. Campurkan mentega, tepung gandum dan serbuk penaik sedikit demi sedikit, kacau adunan.

4. Panaskan coklat menggunakan kaedah pemanasan bertingkat atau double boiler. Campur semua adunan kemudian masukkan walnut.

5. Sapu bahagian dalam periuk dengan minyak dan masukkan adunan ke dalam Philips All In One Pressure Cooker. Ratakan adunan.

6. Tekan butang ‘Bake’ tetapkan masa 50 minit dan tekan ‘Start’ dan tutup periuk. Biarkan kek masak dan angkat selepas 50 minit.

Memudahkan memasak hidangan berbuka puasa dan juga juadah Aidilfitri yang bakal menjelma. Philips All In One Pressure Cooker kini boleh didapati di pasar raya terpilih seluruh negara atau pembelian menerusi dalam talian di gedung rasmi Philips di Lazada http://www.lazada.com.my/philips-officialstore/

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 8:54 AM