PELBAGAI kaedah penyediaan oat untuk kebaikan seisi keluarga.
Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


Istimewanya Ramadan, ia membuka ruang seluas-luasnya kepada seluruh umat Islam untuk menggandakan amal kebaikan dan ibadat di samping berpuasa. Walaupun terpaksa menahan lapar dan dahaga, puasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengehadkan sebarang rutin bekerja, belajar mahupun bermain setiap hari.

Bagi anak kecil yang baru belajar untuk berpuasa, Ramadan mungkin dianggap mencabar. Begitu juga dengan warga emas, suri rumah, ibu berkerjaya dan mereka yang bergerak aktif setiap hari.

Usah terlalu memikirkan sama ada anda mampu bertahan sehingga waktu berbuka atau tidak, sebaliknya nikmati ibadat berpuasa selama sebulan ini dengan pelbagai pengisian rohani dan jasmani.

Apa kata mulakan hari dan bersahur dengan bijirin terlaris di Malaysia, Quaker Oats. Sejak 1877, Quaker Oats bukan saja menyediakan pilihan hidangan berkhasiat untuk kebaikan seisi keluarga, malah menggamit selera ramai dengan pelbagai kaedah penyediaan oat yang enak.

Dengan kebaikan bijirin penuh dan tinggi serat, Quaker Oats adalah sumber protein dan zat besi yang baik untuk keperluan tubuh. Ia juga mengandungi beta glucan yang membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Sempena ulang tahun globalnya yang ke-140, Quaker Oats terus membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira Quaker Oatmeal segera atau Quaker Quick Cook Oatmeal, kedua-duanya dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini sekali gus membantu pengguna mengenal pasti pilihan makanan sihat yang memenuhi piawaian ditetapkan KKM.

Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik, Maliha Subhani berkata, Quaker sentiasa sinonim dengan faedah pemakanan dan kesihatan yang baik.

“Pengiktirafan logo ini membuktikan dedikasi dan komitmen berterusan kami untuk membawa kebaikan oat kepada lebih ramai rakyat Malaysia pada tahun akan datang.

“Dalam masa sama, kita juga berharap dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih proaktif mengenai kesihatan mereka dan menunjukkan bahawa makanan yang sihat juga boleh menjadi mudah, lazat dan berkhasiat,” katanya.

Jelas Maliha, tidak pernah terlambat untuk sesiapa saja mula melakukan perubahan kecil dengan makan secara sihat atau mengambil langkah positif ke arah menjadi individu sihat demi orang tersayang.

MENDIDIK CARA PEMAKANAN SIHAT

Mudah, ringkas dan lazat. Sempena Ramadan ini, Quaker Oats menggalakkan pengguna menjadikan pengambilan makanan seimbang dan tinggi serat sebagai rutin untuk membantu menyokong keperluan sepanjang hari.

Seiring dengan itu, jenama ini turut menggandakan usaha mendidik rakyat supaya mementingkan pengambilan diet yang sihat. Dengan bantuan selebriti, Aishah Sinclair dan pakar kecergasan Kevin Zahri, Quaker Oats berkongsi pelbagai resipi mudah dan lazat seperti penkek dengan ayam dan jagung berserta tip berguna untuk berpuasa secara sihat.

“Saya adalah seorang ibu yang sibuk dan sentiasa mahu keluarga menikmati makanan sihat dan berkhasiat. Jadi, saya cukup gembira dengan adanya Quaker Oats. Ada banyak cara untuk keluarga saya menikmati makanan sihat ini dan ia begitu mudah memasukkannya ke dalam diet hari ini,” kata Aishah Sinclair.

Hal yang sama diakui jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri. Katanya, dia begitu teruja untuk bekerjasama dengan Quaker dalam menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

“Oat adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mementingkan kesihatan kerana ia membawa banyak manfaat. Ramadan ini, anda boleh mengambil semangkuk bubur lambuk yang diperbuat daripada Quaker Oatmeal Segera untuk bersahur. Ia adalah pilihan sarapan terbaik untuk memulakan hari anda kerana membantu perut kenyang lebih lama di samping mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari,” katanya.

Terdapat pelbagai jenis produk yang sesuai untuk bersahur antaranya Quaker Oatmeal Segera, Quaker Quick Cook Oatmeal, Multigrain Cereal, Quaker 3 dalam 1, Flavoured Instant Oatmeal, Oats Cookies, Chewy Bars dan bijirin sarapan. Bagi mereka yang tidak boleh melupakan nasi dalam diet harian, Quaker Oats for Rice boleh dijadikan pengganti mudah dan berkhasiat!

Penggemar setia Quaker Oats boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi, acara dan resipi di www.quaker.com.my atau melalui Facebook QuakerMalaysia. Sehingga 18 Jun ini, orang ramai juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan Sihat Ramadan, Sinar Ganjaran dan berpeluang memenangi baucar Habib Jewels bernilai sehingga RM30,000!

Sempena Ramadan ini juga akan diadakan acara istimewa Piknik Buka Puasa Quaker pada 3 hingga 4 Jun di Dataran Merdeka dan semuanya dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 1:15 PM