FOTO NSTP
Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan latih amal EX Rimau 2017 di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), esok dan Isnin.

PDRM melalui satu kenyataan hari ini menyatakan, latih amal diadakan sebagai persiapan menjelang penganjuran edisi ke-29 Sukan SEA 2017, Ogos ini.

Latihan yang bermula jam 8 pagi hingga 2 petang itu bertujuan melatih pegawai dan anggota polis dalam menghadapi sebarang ancaman dan krisis yang mungkin berlaku sepanjang penganjuran Sukan SEA.

"Tujuan hebahan dibuat adalah untuk memaklumkan kepada orang awam berkaitan kehadiran polis dalam jumlah yang ramai di lokasi.

"Ia meliputi pelbagai elemen dalam PDRM iaitu Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Tindakan Khas (UTK), 69 Komando, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta anggota tugas am," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 1:20 PM