LATIHANAMAL Ex-Rimau di KL Sentral. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


ENAM ratus pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan pengurusan Stesen Kuala Lumpur terbabit dalam Latihamal Ex-Rimau di Terminal Udara Stesen Kuala Lumpur, hari ini.

Latihamal itu bermula kira-kira 8 pagi hingga 2 petang, semalam dan hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata latihan itu adalah siri kelima diadakan sebagai persiapan penganjuran Sukan SEA ke-29 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.


LATIHANAMAL Ex-Rimau di KL Sentral. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin

"Tujuan latihamal ini diadakan adalah untuk melatih pegawai PDRM dalam menghadapi krisis dan ancaman keselamatan yang mungkin berlaku sepanjang penganjuran sukan antarabangsa itu.

"Selain itu, ia bertujuan menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan," katanya pada sidang media selepas selesai latihamal berkenaan di perkarangan Terminal Udara Stesen Kuala Lumpur, hari ini.


LATIHANAMAL Ex-Rimau di KL Sentral. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin

Katanya, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak cuba menggugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekecohan sepanjang berlangsungnya sukan antarabangsa terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 2:08 PM