Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


PENDUDUK Kampung Mutiara, Batu Feringghi, hari ini, berkumpul secara aman bagi membantah kampung mereka daripada diroboh.

Kira-kira 500 penduduk berkumpul sejak 8 pagi dengan meletakkan kereta dan membuat benteng bagi menghalang jentera berat daripada masuk ke kampung mereka.


Penduduk membuat halangan supaya jentera berat tidak dapat memasuki kampung. FOTO Ramdzan Masiam

Bagaimanapun, tiada sebarang kekecohan berlaku dan polis turut mengawal keadaan di kampung terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan, penduduk diberi tempoh sehingga tiga bulan lagi untuk mengosongkan kediaman mereka.


Penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamatkan kampung mereka daripada dirobohkan pihak pemaju. FOTO Ramdzan Masiam

"Sekiranya gagal mengosongkan dalam tempoh tiga bulan lagi, pemilik tanah berhak menuntut haknya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2017 @ 11:43 AM