Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439H kepada Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal. - Foto IQMAL HAQIM ROSMAN
Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my


PROFESOR Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Noor Aziah  Mohd Awal diumumkan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan 1439H/2017M hari ini.

Noor Aziah yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal ehwal Pelajar dan Alumni) UKM sejak 2014 menerima wang tunai RM10,000, medal bersadur emas 22 karat, sijil, jubah dan pakej umrah.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mencemar duli menghadiri majlis berkenaan

Hadiah disampaikan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Majlis turut dihadiri Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-Abidin, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan Exco kerajaan negeri.

Noor Aziah yang berkelulusan Undang-Undang Universiti Of Essex dan Universiti Of Kent, England, banyak terbabit dalam aktiviti kebajikan, terutama membabitkan wanita.

Beliau juga menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Kategori Ilmuan sempena Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Wilayah Persekutuan tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2017 @ 11:14 PM