Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my


SARJAN Mejar Khalil Buniran, 56, meninggal dunia akibat serangan jantung di perkarangan Balai Polis Behrang Stesen, dekat Muallim, di pada 12.15 tengah malam tadi.

Allahyarham dikatakan jatuh dan pengsan tiba-tiba lalu dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, berkata Khalil yang juga Penolong Ketua Polis Balai Behrang Stesen disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung oleh pegawai perubatan.

Khalil dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bidor, 10.30 pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2017 @ 2:12 PM