Jensen menunjukkan bentuk rekaan cip Drive AR ketika menyampaikan ucapan di CES, Las Vegas, Nevada. FOTO Reuters
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


SYARIKAT pengeluar cip grafik, Nvidia melancarkan pemprosesan kecerdasan pintar (AI), Drive AR sebagai sebahagian projek kenderaan tanpa pemandu Xavier.

Selaras dengan pengumuman sempena Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2018 di Las Vegas, Amerika Syarikat semalam, Nvidia juga mengumumkan kerjasama dengan Uber dan Volkswagen bagi merealisasikan hasrat kenderaan tanpa pemandu.

Ketua Pegawai Teknologi Nvidia, Jensen Huang berkata, kenderaan tanpa pemandu Uber berupaya membuat keputusan pantas seperti mengelak pejalan kaki dan berhenti apabila objek besar melintas di depan.

“Dalam tempoh beberapa tahun lagi, setiap model kenderaan dijangka menggabungkan teknologi AI untuk arahan suara, pergerakan dan pengesan wajah serta realiti maya (AR),” kata Huang.

Beliau berkata, kerjasama dengan Volkswagen pula mampu membangunkan kenderaan lebih selamat.

Sehingga kini, Nvidia mempunyai 25 pengeluar kenderaan dan syarikat pengangkutan yang bersetuju menggunakan teknologi ini dengan sampel pertama akan tiba pertengahan tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 9:29 PM