AIR banjir memenuhi dalam sungai berhampiran kampung Tenglu dan penduduk diarahkan berpindah di Pusat Penempatan Sementara di Sekolah Kebangsaan Tenglu, Mersing. FOTO Mohd Sah Muda
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


SATU lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, Mersing menjadikan empat PPS dibuka di dua daerah dilanda banjir di negeri ini berdasarkan laporan terkini 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, jumlah mangsa juga bertambah kepada 99 dari 27 keluarga di dua daerah di Segamat dan Mersing hari ini.

"PPS Balairaya Gemereh 4 Balai Badang, Segamat membabitkan 41 mangsa dari 12 keluarga, manakala PPS Balairaya Kampung Pogoh Tengah, 10 mangsa babitkan dua keluarga," katanya

Katanya, PPS Balairaya Kampung Tenglu Besar menempatkan 34 mangsa dari lapan keluarga.

"PPS SK Air Papan yang dibuka 6 petang ini menempatkan 14 mangsa dari lima keluarga," katanya.

Semua mangsa di Segamat itu membabitkan mereka yang terjejas akibat banjir di Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Pogoh Tengah, manakala di Mersing membabitkan mangsa di Kampung Tenglu Besar dan Kampung Air Papan.

Katanya, pemantauan berterusan oleh agensi dan pejabat daerah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 9:28 PM