SHAMSUL Anuar bergambar bersama ibu yang menerima bantuan pada program UMNO Bantu Rakyat 2.0. Turut bersama, Nor Farhana (dua kanan) dan Mohd Fasiah (empat kiri). FOTO Saddam Yusoff
Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


“Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur menerima bantuan ini.

“Terima kasih diucapkan kepada UMNO khususnya Puteri (UMNO) yang prihatin dan tidak melupakan kami sekeluarga,” kata Rani Devi Mustika Mohamad Hashim, 27.

Ibu kepada empat anak berusia antara tiga bulan hingga tujuh tahun itu adalah antara 1,000 wanita muda dari kawasan Sabak Bernam yang menerima bantuan hamper barangan bayi dan kit keperluan harian daripada UMNO di Sabak Bernam.

Menurut Rani, suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan pendapatan bulanan hanya sekadar cukup makan.

"Kami tidak dapat bermewah seperti keluarga lain memandangkan hanya suami yang bekerja menyara keluarga.

"Saya gembira kerana ada pihak yang prihatin untuk tampil membantu," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan sempena program Puteri Peduli Wanita Muda ‘UMNO Bantu Rakyat 2.0’ anjuran Pergerakan Puteri UMNO Sabak Bernam bersama Badan Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM) di Bagan Nakhoda Omar, hari ini.

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan Pengerusi BIKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan hadir sama, ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

Sementara itu, Exco Puteri UMNO yang juga Ketua Puteri UMNO Sabak Bernam , Norfarhana Alham berkata, sebanyak 1,000 hamper barangan keperluan bayi serta kit keperluan harian diberikan kepada golongan wanita muda memerlukan di kawasan berkenaan.

"UMNO sejak dulu lagi prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat tidak mengira agama, bangsa mahu pun peringkat umur.

"Diharap sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan kesukaran hidup penerima," katanya.

keterangan gambar:

1) Shamsul dan Norfarhana menyampaikan hamper barangan bayi dan kit keperluan harian kepada Rani di Sabak Bernam, hari ini.

2) Sebahagian penerima bergambar bersama Shamsul.

#kw UMNO, BIKUM, Puteri UMNO

#Loc Sabak Bernam.

ends

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 1:39 PM