Faris Fuad
faris.fuad@nstp.com.my


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan statistik terkini merekodkan 80 kes termasuk dua maut akibat keracunan makanan berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah gerai di Baling, Kedah, minggu lalu.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 80 kes itu, 31 kes termasuk dua yang maut dari Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes lagi dari Selangor.

“Daripada keseluruhan jumlah kes berkenaan, hanya sembilan mangsa masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Setakat ini, sebanyak 10 sampel makanan dihantar ke makmal untuk ujian termasuk empat sampel mi laksa, empat sampel kuah laksa dan dua sampel bahan campuran salad untuk laksa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan penuh ujian berkenaan.

“Punca sebenar bagi kejadian keracunan makanan ini masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan mengesahkan 61 kes keracunan makanan, dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di gerai berkenaan.

Berita berkaitan:

'Kami terpaksa bermalam di hospital'

Peniaga laksa pertimbang saman KKM

'Ini dugaan buat peniaga laksa' - mangsa

'Mangsa tetamu majlis kesyukuran, rupanya...'

Pengusaha laksa kebok pasrah

[UPDATE] 42 lagi kes keracunan akibat laksa...?

[UPDATE] 'Reda dengan pemergian emak...'

'Kalau laksa beracun, dah lama kami mati'

Sah, dua maut 'makan' laksa...

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 10:46 PM