TANGKAL dan batu ditinggalkan suspek. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@nstp.com.my

BEG mengandungi batu dan ‘tangkal’ antara barangan ditemui dipercayai ditinggalkan individu yang memecah masuk restoran di Pusat Komersial Saberkas, Miri, hari ini.

Dalam kejadian pada 8 pagi itu, beg berkenaan dipercayai ditinggalkan individu terbabit selepas melarikan komputer riba dan empat karton air dianggarkan bernilai lebih RM4,000.

Sumber memberitahu NSTP, suspek dikatakan menceroboh melalui pintu hadapan restoran berkenaan yang dipecahkan.

“Suspek turut bertindak memecahkan peti simpanan wang dengan harapan memperoleh wang tunai. Bagaimanapun, individu terbabit terpaksa ‘berputih mata’ tiada wang yang yang disimpan di dalam peti simpanan itu,” katanya.

Katanya, pemilik restoran kemudian membuat pemeriksaan dan menemui sebuah beg dipercayai milik suspek.

“Hasil pemeriksaan menemui batu yang tidak diketahui selain ‘tangkal’ menggunakan yang tidak difahami,” katanya

Katanya, laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Pusat Miri

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes sedang disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Oktober 2018 @ 3:02 PM