J Lo menyangka perkahwinan dengan Marc akan kekal selama 40 tahun. FOTO Foxnews
Susunan Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Los Angeles: Penyanyi dan pelakon popular Amerika Syarikat, Jeniffer Lopez mendedahkan perpisahan dengan bekas suami Marc Anthony kekecewaan terbesar dalam hidupnya.

Lopez, 46, bercerai dengan Anthony, 47, yang juga penyanyi terkenal pada 2014 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut majalah People, Lopez berusaha memastikan hubungannya dengan Anthony kekal kerana pernah gagal dua perkahwinan sebelum ini.

"Saya dengan Marc terfikir perkahwinan kami akan kekal selama 40 tahun sehingga kami meninggal dunia," katanya mempunyai dua anak bersama Anthony.

Biarpun begitu juri program realiti American Idol itu mengakui perpisahan dengan Anthony adalah keputusan terbaik baginya.

Lopez kini bersama kekasih lama Casper Smart yang bekerja sebagai penari manakala Anthony mendirikan rumah tangga dengan Shannon De Lima pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 5:46 PM