FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Kerja membaiki jalan retak dan tanah runtuh di Jalan Ujong, Teluk Bahang, dekat sini, dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata pihaknya menganggarkan kos untuk kerja baik pulih terbabit bernilai RM600,000.


FOTO Mikail Ong

Bagaimanapun, katanya, kerja baik pulih jalan terbabit mungkin mengambil masa lebih lama sekiranya hujan.

"Kita akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk mencari jalan supaya penduduk kawasan terbabit dapat menggunakan laluan itu ketika kerja pembaikan dilakukan.


FOTO Mikail Ong

"Sehingga ini, hanya motosikal dapat melalui jalan berkenaan dan penduduk berkereta perlu menggunakan jalan Balik Pulau untuk ke Georgetown," katanya yang ditemui ketika membuat tinjauan di lokasi kejadian, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 3:55 PM