Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan hadir ke majlis Negeri Sembilan Berselawat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. - Foto HAZREEN MOHAMAD
Antara umat Islam yang menghadiri Majlis Negeri Sembilan Berselawat. - Foto HAZREEN MOHAMAD
Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my


Seremban: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mencemar duli menghadiri Majlis Negeri Sembilan Berselawat yang dihadiri kira-kira 10,000 umat Islam di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, di sini, malam tadi.

Turut mencemar duli, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Program anjuran kerajaan negeri sempena sambutan Maulidur Rasul itu dimulai dengan bacaan Asmaul Husna, doa serta qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Hampir 10,000 orang menghadiri majlis terbabit yang bermula jam 8 malam ini.

Ia turut menampilkan tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf.

Antara qasidah dan selawat disampaikan Syech Abdul Qadir ialah Assalamu'alaika, Ya Rasulullah Ya Nabi, In Qila Zurtum dan lain-lain.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, barisan exco kerajaan negeri, ketua jabatan negeri dan agensi kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2016 @ 12:27 AM