Peniaga melihat keadaan lot parkir yang mendap dan rosak di Pasar Besar Kuala Krai. FOTO Rohaida Omar
Rohaida Omar
am@hmetro.com.my


Kuala Krai: Hampir 80 peniaga di Pasar Besar Kuala Krai dilanda kebimbangan apabila 15 lot parkir di kawasan itu mendap dan rosak sejak Ahad lalu.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat lebih seminggu yang berlaku pada penghujung Disember lalu hingga terjadinya mendapan tanah.

Peniaga daging, Mohd Khailani Che Ali, 33, berkata, mendapan disedari Ahad lalu selepas melihat rekahan di beberapa lot parkir.

"Isnin lalu, rekahan di parkir semakin ketara apabila ia mendap dan berbahaya kepada pengguna untuk meletakkan kenderaan mereka.

"Kami risau dengan keadaan ini dan berharap ia dibaiki dengan segera," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) ada datang meninjau dan memantau di lokasi berkenaan serta meletakkan garis keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 2:30 PM