Polis menjalankan siasatan di lokasi kemalangan. FOTO ihsan polis
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilanggar kenderaan lain di Kilometer 5, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dekat Bandar Utama Damansara, di sini, pagi tadi.

Kejadian jam 8.30 pagi itu berlaku ketika Yunus Ahmed Fauzi, 25, dalam perjalanan menghala ke Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohd Zani Che Din berkata, mangsa dipercayai dilanggar lari kenderaan lain yang belum dikenalpasti.

"Ketika polis tiba di lokasi mendapati hanya mangsa dan motosikal di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati tiada kesan terbabas dan mangsa dipercayai dilanggar lari kenderaan lain," katanya.

Mohd Zani berkata, pihaknya meminta saksi tampil memberi maklumat berhubung kejadian bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 2:39 PM