KANAK-kanak ini kanak bermain air Sungai Muar yang melimpah di jeti Kundang Ulu, Muar. FOTO Adi Safri
Ibrahim Isa
am@hmetro.com.my


Johor Bahru: Seramai 861 mangsa banjir dibenarkan pada kira-kira 6 petang, hari ini.

Ini menjadikan menjadikan jumlah mangsa banjir Johor berkurangan kepada 2,969 orang berbanding 3,830 orang, pada kira-kira 2 petang.

Segamat masih mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 1,909 orang membabitkan 503 keluarga di 31 PPS.

Tangkak masih menempatkan 626 mangsa, berkurangan daripada 1,154 mangsa membabitkan 152 keluarga di enam PPS.

Muar iaitu daerah terakhir terjejas banjir kekal dengan 123 keluarga di enam PPS dengan 434 mangsa.

Lapan jalan terputus di Johor masih kekal iaitu Jalan Pogoh-Tekam, Seksyen 5.2 hinggga 5.9 Jalan Kuala Paya-Balai Badang, Tumang Batu Anam-Kawasan Ladang, laluan masuk Tangga Batu -Tahang Rimau dan laluan ke Lubuk Lanjut Segamat.

Di Pontian jalan ditutup ialah Jambatan Jalan Kampng Sungai Pinggan (Jambatan runtuh).

Muar membabitkan Kilometer 61 Jalan Muar-Labis dan Jalan Pagoh Tekam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 8:11 PM