ANAK Zuraida
ANAK Ponijah
Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada seorang bayi lelaki berusia lapan bulan.

Bayi berkenaan dilahirkan pada 18 Julai 2016 di Hospital Kuala Lumpur sebelum ditinggalkan ibu kandungnya, Zuraida Mohd Suki yang dipercayai melarikan diri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Zuraida atau warisnya boleh menghubungi Pelindung di Bahagian Kanak-kanak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Norazimah Yusoh di talian 0326124035.

Sementara itu, JKM juga mahu kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada seorang bayi berusia dua bulan yang ditinggalkan di HKL.

Bayi terbabit adalah kes bayi kelahiran pramatang dan ditahan di HKL untuk rawatan sejak dilahirkan pada 25 Januari lalu.

Namun, dalam tempoh bayi itu menerima rawatan, ibu kandungnya iaitu Ponijah didapati menghilangkan diri dari hospital dan tidak dapat dihubungi.

JKM mencari ibu kandung kanak-kanak bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pelindung di Bahagian Kanak-kanak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noor Azlin Che Kamaruddin di talian 0326124000 sambungan 4038.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 8:58 AM