BERKUNJUNG lagi ke Kuala Lumpur promosi lagu terbaru.
Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


Sebelum ini cintanya terhalang, namun atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan, pe­nyanyi Judika berjaya mendapatkan kasihnya dan berkahwin dengan isteri tercinta, Duma Riris Silalahi.

Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, Judika atau nama penuhnya Judika Nalon Abadi Sihotang kini meniti saat bahagia apabila dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sejak Oktober tahun lalu.

Diberi nama Cleo Demora, si kecil yang kini berusia tiga bulan itu adalah pelengkap hidup penyanyi lagu Aku Yang Tersakiti ini.

Bertemunya di ibu kota kelmarin sempena pelancaran album keempat berjudul Hati & Cinta, Judika mengakui kehidupannya banyak berubah sejak kelahiran cahaya mata sulungnya itu.

"Satu pengalaman yang membahagiakan dan kehidupan saya bertambah sibuk. Boleh dikatakan 2014 adalah tahun sibuk saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 5:00 AM