NUR sedang menjamah makanan yang dihidangkan kepadanya.
Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

Hulu Terengganu: “Setiap kali melihat Nur menahan kesakitan, pasti berlinang air mata saya.

“Tak sanggup saya melihatnya hingga terpaksa menanggung derita di usia masih mentah,” kata Ros (bukan nama sebenar), 25.

Dia adalah penghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), mengenai anaknya Nur, 4, yang juga dijangkiti sindrom sama sejak dilahirkan dan kini berada di tahap empat.

Menurutnya, dia memperoleh virus maut itu daripada bekas suami yang juga seorang penagih dadah sebelum ‘dipindahkan’ kepada anak yang dikandungnya.

Dia yang berasal dari Ajil mengakui sejak kebelakangan ini kesihatan anaknya kini semakin teruk dengan berat badan turun mendadak daripada 16 kilogram (kg) kepada hanya lapan kg saja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 7:38 AM