Sebahagian penduduk menunjukkan dokumen membantah kawasan tempat letak kereta.
Oleh Nurul Aiman Zainal Isa
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik kesal apabila cadangan memindahkan bengkel di kawasan Parlimen Lembah Pantai ke kawasan itu tetap diteruskan walaupun bantahan sudah dilakukan.

Tinjauan Harian Metro mendapati, ramai penduduk tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana bimbang timbul beberapa masalah yang menjejaskan mereka.

Penduduk Amir Hakimi Mat Subuh, 24, berkata pembinaan bengkel berkenaan akan menyebabkan kesesakan kerana ia membabitkan proses pengambilalihan tanah.

“Kawasan yang akan dirobohkan adalah tempat letak kenderaan dan jika projek ini dilaksanakan akan menyebabkan penduduk kekurangan parkir.

“Kawasan tempat letak kenderaan yang disediakan sekarang masih tidak mampu menampung kenderaan penduduk dan jika bengkel itu siap, kesesakan di kawasan ini akan bertambah teruk,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 10:59 AM